www.flickr.com
"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain"

28 June 2008

Sungai Congkak 28hb ym & jiw gath

Kul 8 pagi, bergerak,Perancangan utk ke sungai manggis kali ke-2 tidak menjadi, kerana tempat dituju telah ditempah,
akhirnya kita org bersetuju dengan cadangan vio utk ke sungai congkak, sampai di sungai congkak, masing sibuk membawa barang masing2, aku cuma bawa arang dan camera sahaja, manakala ferol, dengan ayam bbq,vio bersama air2, qiqi, bersama tikar yg bapak besarnya, nesa dan dayah membawa makanan yg dimasak oleh mereka berdua.kami terus bergerak mendaki jauh keatas, fuhh sungguh memenatkan, pelbagai halangan ditempuhi, akhirnya kami tiba di atas, dan jumpa port baik punya walaupun bukan destinasi yg hendak dituju, fuh lega.masing2 memulakan tugas, arang dihidupkan, sambil menikmati suasana air terjun yang sungguh nyaman, tentunya dapat melupakan segala masalah.huh! bbq sudah siap utk dimakan, 'wah sungguh enak skali ramuan ayam ferol', ditambah pula dengan nasi goreng cendawan masakan nesa & roti sardin masakan dayah..fuhh...kembung perut. aktiviti seterusnya, apa lagi, terjun2, pose2, sampai tak perasan dah kul 2, rasa belum puas menikmati suasana begitu.lebih kurang 2.30 kita org bergegas pulang ke shah alam. hope kawan2 semua happy ok, mungkin masa kita semakin singkat utk buat semua ni, nanti kita akan ada tanggungjawab utk diuruskan.so kita gunakan masa yang ada ini sepuas2nya..tq all my FRIEND. Kenangan bersama pasti takkan dilupakan.that all not about love, just become best friend.

ps: jgn lupa komen k
full pic <--here

22 June 2008

Karoeke di Klang prade 2

Bersama bersama all777, mie, aboy, comwarrior,
qiqi, ferol, dan krull dan dayang2(nenek su, miss, ayumi),
dan juga blue ais yang lambat sampai tu..
dan vio ngan anesa yang takleh datang tu.
krull yang ajak, so kite org datang je la..hehee..
apapun thanks krull n kawan2(dak jiwangchat & ym) yang lain.
aku sekadar tukang amik pic je disitu,wakakaka
...yeh yeh...mari kite nyanyi2..
more pic
http://flickr.com/photos/fazrin

ok sila komen!!

21 June 2008

21hb di Sungai Manggis

20hb...jam lebih kurang malam, tapi tak ingat jam berapa,
tiba ku terima pm dari ferol, 'jom gi sungai manggis esok'
setelah berbincang di dalam conference, qiqie, vio bersetuju utk ikut skali,
so pagi 21hb jam 8.00am kita org berkumpul di restoran awwal(port biasa)
setelah perut kekenyangan, kita org meneruskan perjalanan ke sungai manggis,
masing membayangkan bagaimana rupa bentuk sungai yang dikatakan ferol(terutama skali aku la), setelah penat memandu, kami tiba di lokasi, syg skali dah ada org disitu,
ahh apa nak kira' Redah je' bak kata Nadia Af6.
dengan keluasan sungai sebesar jalan raya, dan kedalam yang diidamkan, aku berasa cukup puas hati, dan kami terus bermandi
manda..yehaa.......gedebuhhh..
setelah letih, kami berempat bertolak utk pulang ke rumah jam 2pm.
Alhamdulillah semua selamat..so, bila lagi nak pegi?

20 June 2008

C.I.N.T.A


  • Orang kata, cinta itu buta...
  • Orang kata, cinta perlukan pengorbanan...
  • Orang kata, kebahagian perlukan sefahaman...

hat love is all about? Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati!

  1. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  2. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  3. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
  4. Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  5. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  6. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  7. Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
'i love this gurl'
'she's in my heart 4ever'

Klang prade

Ntah tiba2, dapat mesej suruh ke klang prade
rupanya2...all777 nak belanja melalak...
maka kita semua pun berjumpa di medan makan klang prade, haiya...belum sempat mau makan, lu orang sudah masuk itu karoeke, naik baik vio dan qiqi temankan aku makan. lepas tu kite org pun melalak selama dua jam..lalu terus pulang ke rumah masing..thanks boboy & comwarrior, thanks all777 ngan krull sebab belanja kita org..see u again..

Tasik Titiwangsa

akhirnya, tujuan melepak lepak di tasik titiwangsa..tercapai juga, maklum la..sesat pun ada, sampai nak kena tanya org, bila sudah sampai, rupanya ada konsert dan pertanding shuffle, menarik juga, ramai juga artis popular ditampilkan..
pukul 10.30 kita org bergerak pulang, kerana keesokan harinya..ada yg perlu pergi kerja..so kita org balik awal..nasib baik balik tak sesat...hehe.
thanks, vio, qiqi,lieya, anie dan nash yg datang entah dari mana.

Bermain badminton

Akhirnya..misi utk bermain badminton berjaya, walaupun aku bukan seorang pemain badminton yang hebat..namun, aktivi ini adalah satu aktivi yang amat bagus untuk kesihatan tubuh badan, hope kita dapat terus kan perjuangan kita..thanks ferol, vio & qiqie.
Akhir kata, majulah sukan utk diri sendiri...buat apa utk negara, sukan negara dah tercemar dengan rasuah dan politik..
Blog Widget by LinkWithin